3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 1

“Hai sayang!!” Aku dan Mia serentak mendongak. Terkesima aku seketika dengan lelaki di depan kami. Dengan kemeja putih, tali leher warna hitam, raut wajah dan gaya rambut ala-ala Choi Jin Hyuk. Wow…….!!!

“Banyaklah kau punya sayang. Hah! buat apa kau datang sini?”

“Takkan aku datang pun tak boleh. Aku nak ajak lunch. Kau tu, takkan asyik nak kerja je”Mia mengerling jam di tangannya.


“Tak mahulah. Aku dah janji dengan P.A. aku ni, nak pergi makan dan shopping sekali. Oh kenalkan, Hana. Ni sepupu I, Amirul Naim”


Amirul mengangguk seketika padaku kemudian tumpuannya teralih semula pada Mia.“Ala. Kau shopping esok-esok je lah. Aku ada hal penting nak cerita kat kau”


“Tak apa lah Cik Mia. Apa kata kita pergi esok je,”


“Betul ke ni?”


Aku mengangguk dan meminta diri. Tak perlu aku berlama-lama di bilik ini bersama dua insan bersaudara tu. Aku pulas tombol pintu dan menutupnya kembali dengan perlahan. Debaran di dadaku masih lagi kencang. Kenapa hati ku ini begitu tertarik pada wajah nakal dan keanakkan lelaki tadi, sedangkan lelaki bernama Amirul itu sedikit pun tidak menunjukkan minat padaku. Pintu bilik Mia terkuak. Mia berhenti sebentar di meja ku.


“Hana. I masuk lambat sikit, appointment pukul 4.00 tu. Kalau orang tu datang awal, suruh dia tunggu. kalau I lambat, call my handphone”


“Baik, Cik Mia” Aku kerling wajah Amirul yang kacak. Tapi matanya melilau di serata ruang pejabat. Mereka berdua beriringan keluar ke pintu utama. Aku mengeluh berat.


Aku terkebil-kebil tidak dapat melelapkan mata. Puas sudah aku kalih badan ke kiri ke kanan agar lena. Kenapa setiap kali aku menutup mata mesti wajah kacak Amirul berlari-lari di ruang mataku? Argh! Kenapa aku berperasaan sebegini? Jatuh cintakah aku? Aku berkira-kira sendiri. Kenapa selama ini aku tidak pernah ada rasa hati yang begitu kuat untuk menyukai seseorang? 


Kali pertama aku bertemu dengan Amirul, dadaku terus rasa bergetar. Tegakah aku menaruh harapan pada lelaki itu? Membayangkan status Amirul, sepupu Mia, anak hartawan terkenal di Kuala Lumpur, diriku terasa amat kerdil sekali.


Aku selak gebar yang menutup hingga ke dagu dan duduk pula di birai katil. Letihlah macam ni. Nak tidur tak boleh, nak membaca tak ada mood. Aku bingkas bangun menuju ke dapur. 


Pintu peti sejuk ku buka dan keluarkan sekotak fresh orange Marigold. Sebaik sahaja aku menutup pintu aku terlanggar seseorang sehingga aku terjerit kecil. Hampir tumbang aku jika tidak dipeluk tubuh sasa itu.


“Hana…….”


Huh. Cepat-cepat aku menjarakkan badanku.


“Abang Is ni, buat orang terkejut je”


“Tak elok minum air sejuk tengah-tengah malam”


“Dahagalah abang. Abang nak?”Aku tunjukkan kotak fresh orange kepadanya.


“Abang nak bancuh milo panas. Kalau Hana nak, abang boleh buatkan sekali. Elok untuk sesiapa yang tak boleh tidur”


Aisey.. Abang Is ni. Macam tau-tau je aku susah nak tidur.


“Abang tak boleh tidur jugak ke?”


“Abang nak tidur lah lepas ni. Tadi abang siapkan kerja pejabat sikit”


Laju sahaja dia membancuh 2 mug milo panas. Satunya diletakkan di depanku.


“Kenapa Hana tak boleh tidur, ingat buah hati ke?”


Aku tersentak bila jam berdenting 12 kali. Dah tengah malam.


“Mana ada buah hati!”


“Eh.. masa kat UITM dulu, bukan ke Hana kenalkan abang pada seorang lelaki?”


“Dah jadi sejarahlah, abang. Susahlah. Hana tak rasa yang Hana betul-betul sukakan dia. Bagi Hana kalau rasa nak bercinta tu. Mesti la kena ada personal feeling” “Itu abang setuju. Dua-dua kena ada mutual feeling, baru boleh bercinta. Sebab tu abang susah nak terima cinta”


“Mungkin abang tunggu seseorang tak?”


“Mungkin”


“Siapa bang? Kak Izani ke?” Aku merujuk pada kakak sulungku.


“Izani kan dah ada tunang,”


“Habis tu, siapa?”


“Nantilah.. abang tak berapa pasti perasaan dia pada abang. Abang takut bertepuk sebelah tangan je”


“Kenapa tak luahkan saja. Kan senang?”


“Abang tunggu masa yang sesuai”


“Bila tu? Kalau abang dah confirm. Nanti bagitau Hana tau," “Hmm… I will. Hana lah orang pertama yang akan tahu. I promise. Okeylah. pergilah masuk tidur dulu. Esok nak kerja,”


“Okey,” Air milo sudah habis ku minum. Aku sambut tangan Abang Is dan menciumnya. Dia pegang bahuku seketika dan cium ubun-ubunku seperti selalu.


“Abang sayang Hana”


“Hana pun sayang abang”


Abang Is tersenyum lebar.


Iskandar, satu-satunya abang yang aku ada. Anak angkat Ummi sebenarnya. Dulu abang Is hanyalah seorang anak murid Ummi di Sekolah Menengah Sains Selangor. Oleh kerana Abang Is tinggal di rumah anak yatim, Ummi selalu menjemput Abang Is beraya di rumah kami. Kemudian disusuli pula pada setiap kali cuti persekolahan. Selepas habis SPM, walaupun Abang Is belajar di IPTA.. tapi rumah kami sudah menjadi rumah kedua Abang Is. Abang Is 5 tahun lebih tua dari aku, tapi cukup menyenangkan. Lama-lama, Abang Is sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Ummi dan Babah juga cukup sayang pada Abang Is.


*****


Aku dikhabarkan tentang Amirul yang kini menjawat jawatan penting dalam Mesra Holdings. Biliknya pula bersebelahan dengan bilik Mia, bos ku. Sementara Amirul belum lagi mempunyai P.A. aku ditugaskan untuk membantu Amirul juga. Maknanya, setiap hari juga aku akan menatap wajah igauan ku itu setiap masa tu.
“Hana, masuk bilik saya sekejap!”


Tergumpal aku seketika bila mendengar suara Amirul di intercom.


“Baik, Tuan”


Aku ketuk pintu dan mendengar suara dari dalam menyuruh aku masuk.


“Tuan panggil saya?”


“Memanglah aku panggil kau. kalau tak, aku tak suruh kau masuk!”


Mak aih. Cantiknya bahasa!


“Ni, fail ni. Saya nak awak teliti. Buat list nama-nama yang terlibat dalam projek ni, berserta nombor telefon dan fax sekali, faham?"


 “Baik, Tuan”


Aku capai fail yang dicampakkan depanku dengan kasar sebentar tadi.


“Er.. Sebelum kau keluar. Aku nak segelas Nescafe,”


“Tapi tuan. Tealady dah balik. Dia datang semula belah petang nanti,”


“Aku nak sekarang, Bukannya petang karang!!! Kau tak boleh buatkan ke?!” jerkahya lagi. Aku terkedu.


“Ba..baik Tuan, saya buat sekarang”


“Make sure, tak terlalu manis. Creamer mesti lebih dan jangan panas sangat”


Aku berpaling ke pintu dengan perasaan cuak, bengang pun ada. Sepanjang aku bertugas dengan Mia. Tak pernah sekali pon aku membancuh air untuknya. Semuanya di sediakan oleh tealady. Lainlah kalau ada client yang bertandang, itu sudah menjadi tugasku. Fail tadi aku letakkan di atas meja dan bergegas ke pantry. 


Dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah aku keluarkan. Harap muka saja hensem. Perangai.. macam Hitler.. suka bentak-bentak. Ya. Hitler yang tak ada misai kontot. Cepatlah kau dapat P.A. sendiri wahai Hitler!!! Aku mengetuk pintu buat kali kedua dengan segelas mug nescafe di tangan.


“Airnya, Tuan..”


“Tunggu dulu, di situ. Saya nak rasa dulu. Kalau tidak, saya nak awak pergi buat lain”


Gulp.. teruknya Mamat ni! Takkanlah kerja aku hanya nak buat nescafe dia sampai dia berpuas hati? Aku pandang kelakuannya yang sedang menyisip minumannya dengan peasaan berbaur-baur. Mintak-mintaklah dia tak maki aku lagi selepas ni.


“Hmm.. not bad. Sedap. Ok awak boleh pergi sekarang. Ingat! Esok, dan hari-hari seterusnya, time yang sama macam ni. Saya nak awak buatkan saya nescafe lagi”


Aku tentang matanya yang redup merenung mataku. Tak mahu kalah, aku tenung mata cantik itu dengan tajam. Seketika dia melarikan anak matanya ke arah lain.


Aku tersenyum nipis. Tau pun takut.


“Kan cantik kalau awak senyum macam tu”


Mukaku membahang. Eh? Tadi macam Hitler, sekarang puji-puji aku pulak ni apa hal?


“Er.. Saya pergi dulu"


Tergesa-gesa aku menutup pintu dan terus ke mejaku. Sejenak, aku termenung dan membuka fail tebal di atas mejaku.


Lega bila Amirul sudah mendapat seorang P.A. Selamat aku dari mendengar jerkahannya setiap hari. Hanya hari pertama aku sediakan nescafe sahaja dia memujiku. Selebihnya selama 2 minggu ini aku asyik mendengar arahan ala-ala Nazi dari nya. Apa sahaja kertas atau fail hanya dicampakkan di depanku. 


Tak beradab sungguh. Ikutkan hati, aku memang surrender. Tapi Mia selalu menasihatiku agar jangan diikutkan sangat panas baran si Amirul tu. Memang perangai dia macam tu, entah bila lah dia akan berubah.

Aku geli hati melihat wajah Zana, P.A. Amirul yang baru saja keluar dari bilik ketuanya dengan muncung panjang sedepa. Aku ingat dengan gaya seksi dan penggoda Zana tu, akan cairlah Amriul Hitler tu. Rupa-rupanya tidak.


“Hana… please? Make a nescafe for En Amirul. Letak atas meja aku”


“Eh? Apahal aku pulak yang kena buat, bukan kau ke P.A. dia?”


“Aku dah buat tadi. Tapi dia kata tak sedap. Dia suruh kau buat jugak untuk dia”


Aku mendengus. Segera aku ketuk bilik Amirul.


“Masuk”


"Tuan… Kenapa saya pula nak kena buat nescafe untuk Tuan?”


“Oo.. dah pandai komplen ya? Dah tak suka nak kerja sini lagi?”


Aik…. Dia main-main ugut aku pulak.


“Saya ada banyak kerja lagi nak buat, Tuan. Kerja saya dengan Cik Mia pun tak tertanggung. Saya ingat lepas Tuan dah dapat P.A. kuranglah beban saya sikit”


“Saya dah tanya Mia, dia tak kisah pun. Lagipun. Saya mintak Mia approvekan kenaikan gaji awak. Apa yang awak nak risau lagi?”


“Ini bukan pasal gaji, tuan. Tapi, kerja saya,”


“Okeylah Hana. Saya nak mintak maaf. Selama ni saya kasar sikit dengan awak. Saya merayu pada awak. Setiap hari, boleh tak awak buatkan Nescafe untuk saya?”


Aku terkesima dengan bait-bait patah perkataan yang keluar dari mulunya. Sungguh lembut. Lain benar dengan kebiasaan dia arahkan padaku. Kesian pula aku tengok wajah cute dia yang sedang mengharap.


“Cuba tuan mintak cara baik-baik macam ni, barulah saya senang hati” Aku memberikan senyuman manis padanya.


Lama matanya di wajahku. Pertama kali juga aku lihat dia tersenyum. Hilang sudah wajah bengisnya selama ini.


“Ok. Setiap hari saya boleh buatkan nescafe untuk Tuan. Tapi Tuan kena janji dengan saya”


“Apa dia?” “Jangan nak bentak-bentak arahkan staff-staff tuan macam HITLER”


“What?! You called me Hitler??”


Aku menutup mulutku ketawa meninggalkan Amirul menahan geram. Padan muka kau.



Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.