3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 2

Sejak kebelakangan ini, aku dapat lihat, Amirul semakin rapat dengan Mia. Makan berdua dan balik juga bersama-sama. Kadang-kadang aku terdengar gelak halus dari bilik Mia. Sudah tentu Amirul juga ada di dalam.
Aku pula yang dulu rapat dengan Mia juga semakin rasa dipinggirkan. Hatiku menjadi sebak tiba-tiba. Cemburukah aku? Ya. Aku memang bodoh. Tak sedar diri. Mana mungkin Amirul tertarik padaku yang comot ini. Berbanding dengan Mia, ibarat langit dengan bumi.
Dan aku tak rasa aku seorang sahaja yang kecewa. P.A Amirul si Zana tu, lebih-lebih lagi. Betapa Zana selalu memuji dan berusaha keras agar dapat merapati Amirul.
“Hana.. kau tak jeles ke tengok En Amirul dengan Cik Mia tu?”
Aku yang sedang menguyah mee bandung di café berdekatan merenung Zana.
“Nak jeles apa? Kan dorang tu sepupu. Kalau bercinta pun apa salahnya? Kau ada hati kat En. Amirul tu ek?”
“Memanglah aku syok gila kat dia. Tapi, aku ingatkan dia suka kat kau. Lepas kau sound dia hari tu, bukan main dia berlembut dengan kau. Cakap pun sekarang ni tak biadap macam dulu. Sekarang aku tengok dia rapat pulak dengan Mia. Ni yang buat aku pelik?”
“Kau P.A. dia, kau tak risik-risik ke?”
“Aku seganlah”
**********************
Aku membawa draft report untuk Mia dan letakkan di atas mejanya.
“Duduk dulu Hana. Dah lama I tak berbual dengan you”
 “I ingat you sibuk”
Dengan Mia aku tak perlu bercik-cik dengannya. Itu yang aku suka tentang Mia. Tidak sombong walaupun kaya.
“Hmm…. You pun macam dah nak lari-lari dari I, kenapa? Dah tak ajak I pergi lunch sekali nowdays?”
“Encik Amirul tu kan ada temankan you?”
“Amirul tu? Huh, you taulah perngai dia. Ada hari okey, okeylah. Kalau mood tak baik… malas betul nak layan orang macam tu”
“I ingat you dengan Amirul tu……”
“Bercinta? Maksud you?”
Hahahaha. Mia ketawa besar.
“Ya. Apa salahnya. Lagipun I tengok you dengan dia rapat”
“You tahu kenapa dia selalu cari I? Asyik nak bercerita masalah dia dengan girlfriends dialah. Awek keliling pinggang, tapi tak reti nak handle. I pulak selalu jadi mangsa tempat dia luahkan masalah. Dia ingat I doktor pakar cinta ke apa?”
Aku tersengih. Tapi dalam hati aku terasa dicucuk belati. Amirul ramai girlfrend? Patutlah sikitpun dia tak heran pada aku.
 *******************
 Aku menonton TV dengan pandangan kosong. Entah apa cerita kat starworld tu ditayangkan sedangkan minda aku hilang entah ke mana.
“Adik abang tengok TV sampai tembus ni,  kenapa?”
Abang Is mencuit bahuku. Aku tersentak.
“Eh? Dah habis ke cerita tadi?”
Abang Is ketawa kecil sambil mengelengkan kepala.
“Ummi dan babah ke mana?”
“Hah??”
“Abang tanya. Ummi dan babah mana? Hana okey ke ni?”
“Ummi. Babah.  Err.. err. Dia orang pergi rumah Datin Maziah. Ada jemputan kenduri”
“Yang Hana termenung jauh ni, kenapa?”
“Tak ada apa-apalah.. Hana okey je..”
“Cik Hana. Abang tak nampak kat mana OKnya,  yang abang nampak. Muka tak OK muka serabut. Are you in love, Hana?”
Aku tersipu-sipu.
“Tak nak share dengan abang?”
 “Tak da lah. Hana biasa jer. Abang tu, yang main serkap jarang”
Aku letakkan kepalaku di bahu Abang Is. Dia membelai rambutku manja. Ciuman di dahi Abang Is berikan seperti biasa.
“Adik abang ni, dah dewasa untuk jatuh cinta. Tak salah mempunyai rasa cinta, Hana. Itu fitrah manusia, antara kaum adam dan hawa”
“Abang pun pernah bercinta?”
Aku pandang wajahnya dan dia juga memandangku. Pipi kami hampir bersetuhan sama lain. Tiba-tiba mata kami bertaut. Lama sungguh aku merenung ke dalam matanya. Abang Is juga terpaku ke dalam anak mataku. Aku kehilangan kata-kata. Dia tersenyum manis.
“Hanya seorang sahaja gadis yang abang cinta. Tapi, biarlah menjadi rahsia abang. Kalau boleh abang nak gadis itu mencintai abang sama macam abang cintakan dia ”
Amat lirih kata-kata Abang Is membuat aku terdiam. Siapakah gadis bertuah yang dicintai Abang Is. Kalaulah Abang Is ni orang luar,  bukan abangku, sudah lama aku ingin jadi gadis bertuah itu.
“Hmmm termenung lagi. Tak nak share ke pasal cinta Hana tu?”
“Er.. Hana ada seorang bos baru ni. Eh, bukan bos Hana. Bilik dia sebelah bilik bos Hana. Dia pun ada P.A. dia sendiri’
“Dah tu. Hana suka dia ya?”
“Mula-mula tu suka. Tapi bila tengok perangai dia macam Hitler tu. Asyik nak marah-marah Hana macam tawar hati. Harap muka je hensem. Dia dengan bos Hana sepupu. Bos Hana cerita, mamat Hitler tu ramai awek. Keliling pinggang. Hana ni sikit pon dia tak pandang”
“Kenapa Hana tak cuba tarik perhatian dia?”
“Buat apa kalau dia dah ada awek keliling pinggang. Lagipun siapalah Hana ni abang. Anak guru besar je pun. Dia tu, tengok dia punya taste.  Aduh, tak boleh tahan ahh”
“Tu kena berguru dengan abang.  Macamana nak pikat lelaki kasanova macam tu”
“Malas lah bang. Biarkan jelah dia tu”
 Aku letak kusyen kecil di paha Abang Is dah rebahkan kepalaku di situ. Abang Is membelai lagi rambutku. Tuhan. Aku bersyukur diberikan abang sebegini baik. Aku sungguh sayang padamu Abang Is. Aku pejam mata menikmati usapan di kepalaku sehingga aku terlena disitu.

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.