3 Feb 2015

TERIMA KASIH

Alhamdulillah...

akhirnya tercapai juga impian aku untuk menghasilkan novel. itu pun secara online sahaja. aku masih lagi tidak mempunyai kekuatan untuk menghasilkan novel dalam bentuk naskah.

bukan senang tau nak jadi penulis ni. setiap masa perlu ada idea. kotak pemikiran perlulah penuh dengan sebarang imaginasi. barulah boleh menghasilkan karya.

mula-mula aku mendapat idea untuk menghasilkan novel ni pun secara tidak sengaja. selama setahun setengah aku menggunakan aplikasi WATTPAD sebagai bahan bacaan.

wattpad ini kegunaannya sebagai tempat menghasilkan karya-karya penulisan sendiri. and yup! aku ketagih dengan aplikasi ni. setiap hari mesti ada sahaja cerita yang aku akan baca.

maka dari situ bermula la imaginasi aku sendiri untuk menghasilkan novel online. and karya pertama aku dah ada dalam aplikasi ni. SAYANG SELAMANYA. and the second novel akan menyusul.

InsyaAllah..

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.