3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA EPILOG

Sepasang cahaya mata kembarku sedang terkedek-kedek berlari di ruang tamu.  Walaupun sudah 2 tahun aku dan Abang Is kahwin, aku masih lagi tinggal di rumah Ummi. 
Kesian pada Ummi, kerana kak Izani yang juga telah berumah tangga mengikut suaminya ke UK dan menetap di sana.
“Idham… Isha…. jangan lari. Nanti jatuh,”
Penat nenek mereka menegah, tapi mereka masih lincah berkejaran. Aku yang sedang mengandung anak kedua terduduk lesu di sofa. 
Awal kehamilan kali ini, buat aku lembik sungguh. Selera makanku juga berkurangan kerana aku mudah loya pada bau makanan.
“Sayang pening lagi?”
Aku angguk.
“Sikit.  Abang pergilah layan tetamu.  Maaf sebab Hana tak dapat nak tolong”
Kami mengadakan sedikit kenduri bagi ulang tahun kedua pernikahan kami, juga doa selamat untuk Ummi dan babah yang akan berangkat ke tanah suci 3 minggu lagi.
“Kalau ada apa-apa panggil abang, ya? Jangan bagi anak-anak lasak sangat dengan Hana. Takut dia henyak perut tu”
“Okey bang, thanks”
Pipiku dicium lembut dan dia menyertai tetamu yang sedang menjamu selera di luar rumah.
“Kesian, budak-budak tu. Baru setahun lebih, dah nak ada adik. Tak puas bermanja lagi” Omel mak long sebelah abah.
“Biarlah Kak Long. Inah pun suka kalau dapat cucu ramai, meriah sikit. Dahlah anak dua orang je. Yang sorang tu jauh. Iskandar juga tak ada adik beradik. Tu yang dia nak anak ramai”
“Lelaki memanglah suka, tapi kita yang perempuan ni teruk kena tanggung. Penat, loya, sakit pinggang, sakit nak beranak,  semua tanggung sorang-sorang”
Fuh! Mak Long yang laser mula berceramah. Aku terkenangkan masa pertama kali aku mengandungkan kembarku. 
Abang Is yang loya-loya asyik demam. Pernah sekali sampai 4 hari dia tak ke pejabat. 
Aku senyum sendirian seketika.
“Napa senyum sorang-sorang ni?” Mia tiba-tiba menyergahku.
“Tadi, kena tazkirah dengan mak long I, Pasal beranak ramai”
“Apalah mak long you tu. Bagi I anak ramai lah best, happening. You untung tau Hana, lepas nikah terus jer bunting pelamin. I ni dah lebih setahun, belum ada tanda apa-apa lagi”
“Sabarlah Mia.  Mungkin belum ada rezeki tu”
“Yang tu, you mintak Zaiham belajar dengan I, Mia”
Entah dari mana, tiba-tiba Abang Iskandar menyampuk bicara kami.
“Abang! Tak malu betullah,”
Suamiku tergelak besar dan menggamit kedua-dua kembarku ke arah kami. Si kembar dirangkul penuh kasih sayang. 
Selepas kedua-dua pipi papa mereka dicium, aku juga menghulurka pipiku sama. Berebut-rebut Idham dan Isha mencium pipiku. 
Ya Allah, terima kasih diatas kebahagian yang KAU limpahkan ini. Harapanku agar cinta dan kasih sayang Abang Is pada kami akan berkekalan selamanya. Amin….

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.