3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 3

Pagi itu Abang Is hantar aku ke pejabat. Sesekali dia melirik pada wajahku.
“Abang Is bawak Hana masuk dalam bilik ya? Kenapa tak kejutkan Hana je?”
“Haah. Kesian tengok Hana lena sangat, abang angkatlah. Badan je kecik, tapi berat,”
“Abang ni…. jahat tau”
 Aku tiba di lobby Mesra Holding serentak bila kereta Amirul berhenti bersebelahan kereta Abang Is. Aku cium tangan Abang Is dan seperti selalu Abang Is mencium ubun-ubunku sebelum aku membuka pintu. Masa aku berpaling, aku lihat Amirul merenung tajam ke arahku. Tanpa mempedulikannya aku segera melangkah ke lift.
Pintu lift yang hampir tertutup sempat ku tahan dengan tangan. Serta merta ianya terbuka semula. Aku sempat menyelit di celah orang ramai yang hampir penuh, tanpa ku sedar Amirul juga menuruti jejak langkahku.
Akhirnya aku tersepit di antara tubuhnya dah seorang lelaki gempal.Kepalaku melekap di hujung bahu Amirul. Cukup rimas bila lelaki gempal di sebelahku seakan menghimpit tubuh kecil ku. Semakin lama semakin rapat dia menghimpitku.
Aku mula rasa tak selesa. Cuba mengengsot ke tepi, sudahnya aku terpaksa mengiring badanku menghadap tubuh Amirul.
“Awak kenapa?” Tanya Amirul perlahan di telingaku.
“Maaf Tuan.. lelaki di belakang saya ni” balasku juga dengan nada berbisik.
Tanpa ku duga, Amirul menarik lengannya yang ku himpit dan memeluk tubuhku lagi dekat padanya. Memberi aku ruang agar dapat menjauhi tubuh lelaki gempal tadi, dan rangkulan tangannya di pinggang ku semakin kuat.
Dup dap dup dap…Dadaku seakan mahu pecah. Aku mendongak merenung matanya meminta pengertian. Tetapi dia hanya berlagak selamba membalas pandanganku.
Mujurlah lift berhenti di tingkat 12. Seorang dua sudah keluar dan diganti pula dengan yang baru masuk. Kami terasak ke dinding lift.
Aku lega bila lelaki gempal itu sudah berada jauh dariku. Masalahnya sekarang, tangan Amirul masih lagi di pinggangku. Aku cuba menolak tubuhku kebelakang dengan menekan dadanya tapi Amirul seakan enggan melepaskan rangkulannya. Tanganku cuba membuka jari-jemarinya yang masih kejap tetapi tidak berjaya.
“Awak boleh duduk diam-diam tak?”
Bisiknya di telingaku perlahan seakan memberi arahan.
“Tolong lepaskan saya?”
Tingg……. lift berhenti di tingkat 18. Fuhh! Nasib baik akhirnya Amirul melepaskan tangannya di pinggangku. Tanpa menoleh ke belakang, aku terus merobos keluar.
Sempat juga aku memijak sepatu lelaki bertubuh gempal yang menghimpitku tadi dengan kasut tumit tinggiku.
“Ouccch!” Dia mengaduh
“Sorry. Tak sengaja”
Aku buat muka tak bersalah. Padan muka!
*****
Nak masuk ke tidak, nak masuk ke tidak. Mug nescafe di tanganku renung. Selalunya nescafe yang ku bancuh hanya aku letakkan di atas meja Zana, dan dia yang akan menghantarnya ke dalam bilik Amirul.
Tapi hari ini, Zana bercuti. Aku segan sebenarnya. Terkenang peristiwa di dalam lift pagi tadi, aku malu sungguh. Nasib baik rata-rata penumpang lift tersebut tidak mengenali kami. Kalau tidak, sudah tentu kecoh satu tingkat 18. Heboh dengan adengan Tuan Amirul memeluk Nur Hana di dalam lift.
Aku ketuk pintu bilik Amirul. Selepas diarahkan masuk, aku mampir ke mejanya.
“Nescafe, Tuan”
“Hmm. Thanks. Zana on leave ya?”
“Yup, dia cuti”
“Can I ask you something?”
“Ada apa, Tuan?”
“Siapa hantar awak pagi tadi?”
“Oh.  Abang saya,”
“Mesranya.  Tak nampak macam abang pun.”
“Satu-satunya abang yang saya ada”
“Awak anak bongsu?”
“Ya. Saya,”
“Patutlah manja” Aku mengetap bibir. Sesuka hati dia je mengata aku anak manja.
“Tuan, pasal dalam lift tu. Lain kali,”
“Jangan buat lagi, ya? Awak ni, tak reti nak berterima kasih langsung. Saya selamatkan awak dari lelaki gemuk tu, awak nak marah saya? Awak ingat saya tergila-gila sangat nak peluk pinggang awak?”
Aku mengangkat muka menatap wajahnya dengan garang. Geramnya hatiku saat ini. Kalau ikutkan hati mau sahaja aku tampar mukanya sampai berbekas.
“Saya mintak maaf dan terima kasih atas pertolongan Tuan tu. Lain kali saya tak akan naik lift dengan Tuan lagi. Saya pergi dulu”
Cepat sahaja aku beredar. Sedikit kasar aku menutup pintu biliknya. Argh! Hatiku benar-benar bengkak dengan kata-kata Amirul sebentar tadi.
************
“Abang Is………..”
Tanpa mengetuk lebih dulu, aku terus menyelak daun pintu bilik Abang Is. Aku terpaku bila melihat Abang Is hanya bertuala paras lutut sedang menyikat rambut. Kami sama-sama tergamam. Serta merta kedua belah tangan Abang Is bersilang menutup bahagian dadanya yang terdedah.
Kelam kabut aku menutup semula dan ketawa terbahak-bahak. Wrong timing betullah. Abang Is ni pun satu, tak reti ke nak kunci pintu sebelum mandi.  Pintu bilik Abang Is terkuak dari dalam. Tersembul sahaja wajahnya aku menekup mulut. Tawaku terhenti serta merta.
“Ooooooo! Pandai gelakkan abang ya? Yang main masuk je bilik orang bujang buat apa?”
Dia cuit pinggangku dan menggeletek.
“Abang, gelilah!  Mana aci geletek geletek orang”
“Aci ada kat rumah Muthu” hehehe dia buat lawak bodohlah pulak.
“Abang yang salah. Siapa suruh tak kunci pintu?”
“Abang terlupalah, sayang,”
Abang Is tarik hidungku. Aku terjerit kecil.
“Jom duduk kat patio?”
Lenganku diraih dan aku hanya membontoti langkahnya.
“Cari abang kenapa?”
“Hana tengah geram ni.”
“Pasal bos lelaki tu lagi ke? Siapa namanya?”
“Amirul,”
“Oh, Amirul. Hari ni, dia buat apa pulak kat Hana?”
“Pagi tadi. Berasak-asak dalam lift. Lepas tu ada sorang mamat gemuk himpit Hana. Si Hitler tu pulak peluk Hana kononnya nak selamatkan Hana”
“Hmm…….” Itu sahaja komen dari Abang Is.
“Abang nak dengar ke tak ni?”
“Abang tengah dengarlah. Dah tu apa jadi?”
“Hana cakap kat dia lain kali jangan peluk Hana lagi. Dia boleh marah Hana pulak. Dia kata Hana tak reti berterima kasih. Dan dia pun tak teringin nak peluk Hana. Tapi bang, dia peluk Hana kuat tau. Hana dah mintak dia lepas, tapi dia tak nak”
Abang Is hanya ketawa.
“Orang serius, abang ketawa-ketawa pulak. Abang pun nak cakap yang Hana perasan jugak ke?”
Aku juihkan bibir tanda marah.
“Adik abang ni.  Slow sungguhlah. Sebab tu abang cakap kena berguru dengan abang?”
“Apa maksud abang?”
“Sebenarnya Amirul tu sukakan Hana, tapi ego dia tinggi. Dia tak nak mengaku”
“Susah nak percaya cakap abang”
“Abang lelaki, mestilah abang tahu”
Eh? Betul ke macam tu? Aku menggaru sendiri kepala yang tidak gatal.

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.