3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 4

“Hana, nah! My birthday invitation. You mesti datang tau. Make sure you bawa partner”

Aku membuka sampul kad jemputan ditanganku. Mak aih..birthday party pun buat kat hotel? Siap ada dress code lagi??

“I tak ada partner lah Mia”

“Carilah seorang. Tak kiralah kawan ke, boyfriend ke, adik ke,  abang ke?”

Abang??? Huh. Yes yes. Abang Iskandar. Tapi dia nak ke pergi ke party party neh? Ah! Belum cuba belum tahu.

Keluar sahaja dari bilik Mia aku mendapatkan Zana.

“You dapat invitation dari Cik Mia tak?”

“Dapat”

“You nak bawak siapa?”

“Hmm…. Mungkin my boyfriend lah kot?”

“Eh? Dah ada boyfriend rupanya.Tapi, kenapa masih nak tackle En. Amirul?”

“I cuba nasib jer. Kalau dia suka kat I, so..bye-bye jelah kat my boyfriend tu”

“Tak baik tau you buat macam tu”

“Peduli apa. Lagipun, my boyfriend tu tak sekaya dan sehensem En. Amirul. You pula bawak siapa nanati?”

“Entahlah. My brother kot?”

“Brother? Apa kelas??”

“Actually dia abang angkat I. Dia dah jadi macam keluarga kami sejak I kecik lagi. Sekarang dah jadi laywer pun, dia masih tinggal dengan kami”

“Kenapa tak pernah beritahu kat I?”

“Penting ke I bagitau you?”

Zana tersengih bila aku menjawab begitu.

“Abang angkat you tu hensem tak?”

“Hensem sikit dari si Amirul tu”

Aku gelak kecil bila Zana membeliakkan mata padaku.

******

Abang Is sedang membaca surat khabar di sofa bila aku menyergahnya dari belakang. Hampir tecampak surat khabarnya ke lantai

“Sorry.. sorry.. Hana tak sengaja”

Aku rangkul lehernya dari belakang.

“Abang marah tak?”

“Tak marah. Sayang adalah,”

Aku menepuk bahunya manja dan segera duduk di sebelahnya.

“Hana nak mintak tolong boleh tak?”

“Tolong apa? Tak cukup duit ke?”

“Bukan pasal duit. Hana dapat invitation. Birthday party bos Hana tu tapi Hana tak ada partner”

“Bila?”

“Esok malam. Boleh abang jadi partner Hana?”

“Hmm..Boleh je. Amirul tak marah ke? Dia tak ajak Hana temankan dia ke”

“Apa kena mengena dengan Amirul. Entah-entah dia bawak girlfriend dia”

“Okeylah. Abang setuju”

“Kalau Hana mintak abang layan Hana macam kekasih abang, boleh tak?”

“Oo…. Hana nak buat Amirul jeles eh?”

“Bukan sebab tu. Kalau dia boleh kata dia tak gilakan Hana, Hana pun nak tunjuk yang Hana tak terhegeh-hegeh pun kat dia”

“Hmmm kalau macam tu, abang cadangkan Hana pakai cantik-cantik malam esok. Biar terbeliak mata dia”

“Tapikan bang, Hana tak ada baju baru. Semua dah Hana pakai buat pergi kerja”

“Jom!”

“Kemana?”

“Butik, cari baju”

Nasib baik di badanku sudah tersarung T-shirt dan jeans. Aku hanya mengikut sahaja Abang Is membawa aku ke Ixora Butik di Damansara.

“Assalamualaikum, Datin.’

“Waalaikumsalam. La,  Iskandar. Lama tak jumpa. Owh! Datang dengan girlfriend ya?”

“Ini adik angkat saya, Datin. Hana,”

“Apa khabar, Datin?”

“Sihat, sihat” Dia tersenyum sambil menyambut tangan yang ku hulurkan.

“Hana nak cari baju ke?”

“Saya Datin, untuk majlis ulang tahun kawan saya malam esok”

“Hm….. Tengok bentuk badan kamu yang kecil molek ni.. Auntie rasa auntie dress malam”

Datin Azila ke rak hujung dan mengeluarkan sehelai dress tali halus berwarna merah garang. Cantik, tapi agak seksi.

Aku sendiri tidak tahu material apakah yang sedang ku pegang. Melihat aku tergak-agak, Datin memanggil pekerjanya.

“Tolong ambil tank top warna hitam untuk dress ni?”

Dan bila pekerja butik itu memdankan tank top pada dress tersebut, aku pula yang tertawan.

“Hana, pergilah cuba dulu,”

Abang Iskandar di belakangku menyuruh.

Dengan dada berdebar-debar aku menyarungkan dress cantik ini ke tubuhku. Lama aku menilik tubuhku ke kiri dan kanan. Puas hati, aku selak langsir fitting room.

Alangkah malunya bila Abang Iskandar berdiri betul-betul dihadapanku sambil tersenyum lebar.

“Cantik! Sesuai sekali”

“Okey Datin.  Saya ambil yang ini”

 Terus sahaja Abang Is menghulurkan kad kreditnya pada pekerja Datin Azila.

“Lagi satu Iskandar, esok petang bawa Hana  ni ke saloon auntie di sebelah. Pandailah pekerja auntie siapkan dia untuk party tu. Free of charge! ”

“Baik auntie. Dan terima kasih banyak-banyak”

Di dalam kereta aku bertanya pada Abang Is.

“Baik betul hati Datin Azilah tu ya?. Siap nak bagi free grooming lagi”

“Sebab kita dah beli baju dia. Bukannya murah sayang oi. Beratus-ratus jugak”

Aku hanya tersengih. Sebentar tadi aku sempat menilik harga di dress tersebut. RM399.00, hanya untuk sehelai baju.

 ******

Seperti dijanjikan sebelum ke majlis Mia, kami singgah di saloon. Setelah di solek, rambutku yang panjang di gulung bertingkat-tingkat menampakkan gaya feminim.

Jam hampir 7.30 malam. Pukul 8 malam majlis bermula. Mujurlah dari Damansara perjalanan kami agak lancar ke tengah kota.

Aku peluk dan cium pipi Mia kiri dan kanan. Kotak hadiah di tanganku serahkan padanya.

“Wow! Hana, you looked gorgeous, and this is your partner?” lama dia mangamati lelaki di sebelahku yang memakai tuxedo hitam dan bertali leher merah agar sepadan denganku.

“Iskandar?”

“Mia?”

“Er.. Korang memang dah kenal ke?”

‘I tak tahu pulak you ni, boss my sister?”

“Lah. Hana ni ke adik angkat yang you selalu cerita masa kat kampus dulu?”

“Amirul, look who’s here!” jerit Mia menggamit Amirul

Dadaku berdebar kencang.

“Hey bro, what’s up?”

Lama Amirul dan abang Is bersalaman.

“Abang Is dengan Amirul pun kenal ke?”

“2 orang ni, junior abang masa kat U dulu”

“Lah..” Aku mengerutkan dahi

“Hana, your sister? Yang hari tu hantar dia kat lobby tu you lah ya?”

“Ya. Adik angkat I”

Amirul merenung aku dari atas sampai ke bawah.

“You looked different”Amirul terjerit sedikit dalam suasana bising dengan irama musik rancak.

“Tengoklah siapa yang buat makeover. Your mother”

“My mom?”

“Yup. I pergi your mom’s boutique and dia kasi grooming sekali”

Aku terpinga-pinga. Datin Azilah emak kepada Amirul? Kenapa personaliti mereka amat berbeza? Datin Azilah begitu lembut, sedangkan Amirul macam Hitler.

Emcee memanggil Mia untuk meniup lilin, ramai-ramai menyanyikan Happy Birthday untuknya.

Kemudian irama sentimental kedengaran. Mia dan papanya menari di tengah dewan.

Sungguh terharu melihat kedua beranak itu berpelukan menari. Sebentar sahaja 3-4 couple lain masuk menyertai mereka.

Aku dan Abang Is saling berpandangan.

“Dance?”

Dia menghulurkan tangannya dan aku meyambutnya dengan penuh kerelaan. Aku di bawa ke tengah dewan. Pinggangku dipeluk kemas. Berhati-hati aku mengikuti langkah kaki Abang Is dengan teratur.

“Tak tahu pulak abang boleh menari?”

Abang Is hanya tersenyum memandangku.

“Abang rasa sungguh bahagia malam ni?”

“Kenapa?”

“Dapat berduaan menari macam ni dengan Hana. Thanks sebab sudi pelawa abang”

“Hana juga seronok malam ni”

Aku letakkan kepalaku di dadanya. Bagaikan aliran magnet. Satu perasaan halus menyentap jantungku.

Aku lupa tujuanku membawa Abang Is ke sini sebenarnya untuk membuat Amirul cemburu. Lain jadinya, aku pula seperti sudah jatuh hati pada Abang Is.

“May I?”

Langkah kami terhenti. Abang Is senyum padaku lantas mengulurkan tanganku pada Amirul.

Dengan berat hati aku menyambut tangan Amirul. Pinggangku diraih dan Amirul memulakan langkah.

“Awak dengan Iskandar ada apa-apa ke?”

“Dia abang saya.”

“Tapi saya nampak lain.  Nampak dia sukakan awak.”

“Er.. mana girlfriend Tuan?”

“Dia dah merajuk.  Dah balik agaknya”

“Kenapa?”

“Sebab saya bagitahu dia saya nak menari dengan awak”

“Dulu Tuan kata Tuan tak hingin nak peluk pinggang saya?”

“Okey okey. I’m sorry.  I tarik balik my words”

“Saya sedar diri saya, Tuan. Kita tak setaraf”

Mataku melilau ke sisi bila ternampak kelibat Abang Is sedang menari dengan seseorang. Apabila gadis itu memaling mukanya padaku, aku terasa hendak pitam.

Abang Is sedang menari dengan Mia. Sungguh mesra bak pasangan kekasih.

“Tuan, saya dah penat. Boleh kita berehat?’

Amirul menjatuhkan tangannya di pinggangku. Segera aku berlalu ke meja hidangan buffet.

Aku agak lapar sekarang. Bihun goreng dan sedikit desert aku letakkan di pingganku dan aku bawa ke meja bulat. Amirul datang membawa 2 gelas jus oren.

“Untuk awak”

“Terima kasih. Maaf, saya lapar”

Sambil makan, mataku tidak lepas dari merenung Abang Is yang sedang menari dengan Mia. Hatiku dipagut cemburu yang amat sangat.

“Awak tengok apa, Hana?”

Amirul menangkap gerak geriku.

“Tengok Mia, cantik sungguh dia malam ni”

“Awak lagi cantik, Hana. Terus terang saya cakap, selama ni saya kasar pada awak sebab saya nak elakkan dari jatuh cinta kat awak. Tapi malam ni, saya mengalah. Memang saya dah jatuh hati pada awak”

Aku terkaku. Ya,akhirnya. Amirul akhirnya kalah dengan perasaannya. Tapi, kenapa hatiku seakan tidak gembira saat ini? Bukankan selama ini aku dambakan lelaki di hadapanku ini?

Pasangan Abang Is dan Mia meratapi kami.

“Hmm. Both of you looked like a perfect couple”

Mia menyakatku, sedangkan aku nampak perubahan air muka Abang Is yang kelat memandangku.

Irama rancak pula kedengaran. Mia menarik tangan Amirul untuk menari di tengah dewan. Abang Is pula duduk di kerusi bersebelahan.

“Hana. Let me guess. Amirul dan mula sukakan Hana?”

Aku tunduk dan menguis makanan dengan garfu.

“Entahlah abang,  rasa macam mimpi,”

“Hana tak suka?”

“Bukan tak suka, tapi rasa lain macam,”

“Hye, Hana!” Aku disergah seseorang.

“Hye, Zana.  Kenalkan. Abang aku, Iskandar”

“Wow!  Hi handsome. Nice to meet you. Can we dance?”

Abang Is memandangku dan lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Hatiku seolah berat untuk melepaskan Abang Is pada Zana. Dadaku berombak kencang. Rasa resah, cemburu, sayang.  Segalanya bersatu.

Adakah aku sudah jatuh hati pada Abang Is? Sebelum ini aku tak pernah rasa begini. Kenapa bila ada perempuan lain yang ingin merapati Abang Is,  aku pula yang harus cemburu?

Seleraku terus sahaja mati melihat Zana dan Abang Is sedang rancak menari di tengah dewan, begitu juga pasangan Mia dan Amirul.

Aku ambil tas tangan dan bangkit segera ke pintu dewan, keluar mencari lift. Aku berdiri sahaja di depan hotel menunggu teksi yang lalu lalang macam orang dungu.

“Hana, nak pergi mana?”

“Hana nak balik,”

“Kan majlis belum habis.  Nanti balik sekali dengan abang”

“Kalau abang nak berseronok lagi.  Suka hati abanglah. Hana boleh balik sendiri”

“Tidak. Abang tak akan biarkan Hana naik teksi malam-malam macam ni”

Kuat cengkaman Abang Is di pergelangan tanganku. Aku menurut sahaja langkahnya yang membawaku ke tempat letak kereta.

“Masuk” segera Abang Is membuka pintu kereka dan menolak tubuhku ke dalam.

Abang Is menghidupkan enjin kereta kemudian memasang air-cond.

Aku terus-terusan membatukan diri.

“Hana, kenapa ni?”

“Tak ada apa-apa”

“Abang dah tolong Hana, Amirul pun dah sukakan Hana.  Apa lagi yang tak kena?”

“Hana rasa tak sedap badan. Boleh kita balik sekarang?”

Sepanjang jalan ke rumah. Aku hanya melayan fikiran yang merewang entah ke mana sehingga Abang Is menegurku.

“Hana,  kita dah sampai”

Aku membuka pintu dengan lemah tetapi abang Is pantas menarik lenganku.

“Abang tak sempat nak cakap lagi, betapa cantiknya Hana malam ni”

Serentak dia cium pipiku. Ah! Ingin sekali aku menghentikan waktu dan menikmati saat ini selamanya.

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.