3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 5

Selama seminggu, ada saja jambangan bunga di atas mejaku setiap pagi. Semuanya dari Amirul. Tak jemu-jemu dia memujuk rayu padaku dengan kata-kata puitis di kad kecil.

Selama seminggu juga dia menghantar SMS mengajak aku keluar makan malam bersamanya. Semuanya aku tolak dengan cara baik. Alasannya, kedua orang tua aku tidak benarkan aku keluar malam, kecuali bersama dengan Abang Is.

Taktik terakhir yang Amirul rancangkan, kami keluar berempat. Aku, Amirul, Abang Is dan Mia. Kelu lidahku bila Abang Is sendiri yang mengajakku agar keluar makan berempat. Katanya juga, dia dan Mia semakin rapat.

Aku ketuk bilik Mia dan terus sahaja masuk bila dia memanggil.

“Ada apa Hana?”

“Pasal dinner malam ni,”

 “Why?? Ada yang tak kena ke?”

 “Er. Okey, semuanya okey. Cuma I nak tahu, sejauh mana hubungan you dengan my brother?”

 “Kenapa? you jeles ke? Bukan ke Amirul sukakan you, dan Iskandar juga dah story pasal malan birthday I tu,  you sengaja bawak Iskandar nak bagi Amirul cemburu dan I rasa you dah berjaya. Amirul pun terus terang kata pada I yang dia dah jatuh cinta pada you. So why not, you  pass aja  brother you tu kat I?”

 “You sukakan my brother, Mia?”

 “Yes. He was much much better than Amirul. I loved his character, handsome tu, semestilah.  Rugi sungguh you ada abang macam dia”

Aku terkedu. Mia dan Abang Is sudah saling menyukai? Akan hilangkah kasih sayang Abang Is padaku selepas ini?

Kami makan di malam di Victoria Station. Amirul sentiasa bersifat romantik padaku. Memang jenis kasonova sungguh. Aku seakan rimas dengan layanan berlebihan darinya. Seperti dia ingin memberitahu Abang Is yang dia telah berjaya menjinakkanku.

Abang Is pula memerhati kami dengan selamba, padahal kulit mukaku terasa tebal 3 inci. Selepas itu kami berempat menonton wayang di KLCC.

Aku tersepit di antara Amirul dan Abang Is. Tangan Amirul melingkari bahuku sedangkan Mia di sebelah Abang Is pula merebahkan kepalanya ke bahu abangku itu.

Mataku tepat pada skrin di hadapan, tapi jiwaku berperang sendiri. Cemburukah aku?

Apa yang aku risaukan, benar-benar menjadi kenyataan. Semakin hari, Abang Is terlalu sibuk dengan Mia. Seringkali dia berpergian setiap hujung minggu.

 Mia juga acapkali memuji Abang Is terang-terangan di hadapanku sehingga aku menjeruk rasa. Bila aku ajukan soalan pada Abang Is, dia hanya menjawab InsyaALLAH. Kalau ada jodoh, mereka akan kahwin.

 Aku seakan mahu menangis serta merta tapi cuba kutahankan selagi yang termampu. Amirul juga seakan dapat merasakan aku tidah terlalu berminat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Lantaran itu dia sudah pun ada teman wanita baru.

Akulah perempuan malang sekarang. Melepaskan lelaki yang sudah mula tertarik padaku, tapi aku pula mengharapkan cinta yang tak pasti dari Abang Is yang telah dimilikki Mia, bos ku sendiri.

Berita terbaru yang aku terima dari babah dan Ummi yang Abang Is dan Mia akan bertunang. Hancur luluh hatiku saat ini. Keputusan Abang Is untuk tinggal berasingan dari kami kerana Mia tidak mahu aku dan Abang Is terlalu rapat. Sampai hati Abang Is.

Aku menunggu Abang Is di patio bila dia mahu membuka pintu biliknya.

“Abang Is”

Abang Is yg masih memegang beg kerjanya berpaling padaku.

“Awal Hana balik hari ni,”

“Macam biasa je.  Abang tu, sekarang asyik balik lambat,”

“Maaflah dik. Abang temankan Mia shopping tadi. Untuk hantaran……”

Kata-katanya berhenti di situ. Aku tahu dia terlepas cakap. Dadaku terasa dicucuk belati. Pedih.

“Abang dengan Mia nak bertunang, ya? Tahniah,” Lirih sahaja aku bersuara, terasa sebak tiba-tiba.

“Hana kenapa? Tak suka ke Abang dengan Mia”

“Eh? Suka. Hana okey jer,”

“Hana macam mana? Mia cakap Amirul dah cari lain sebab Hana tak layan dia”

“Biarlah dia. Hana pun tak nak lelaki yang hidung belang macam tu. Tukar girlfriend macam tukar baju”

“Habis tu. Sampai bila Hana nak macam ni?  Lepas ni,  abang dah tak ada sini lagi nak dengar masalah Hana, nak pujuk Hana. Ummi pun ada tanya abang pasal Hana. Serba salah abang nak jawab”

“Nantilah. Hana akan suruh Ummi jer yang cari calon suami untuk Hana. Hana pun malas nak bercinta”

“Betul ni? Nak suruh abang carikan ke?”

“Terpulanglah.  Hana terima aja,”

“Hana macam dah putus harapan je”

“Mungkin,”

 “Hana okey ke? Tak nak cerita kat abang?”

“Tak apalah abang. Hana tak nak rosakkan percintaan abang dengan Mia. Hana nak ke dapur dulu. Dahaga,”

Terus sahaja aku melangkah ke tangga. Aku kesat air mata di pipi bila aku membelakangi Abang Is.

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.