3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 6

Hari berganti hari, hidupku terasa kosong. Zana berkali-kali mengatakan aku bodoh kerana menolak cinta Amirul. Biarlah dia nak mengata aku sekali pun, aku buat pekak aja.
Amirul juga seperti biasa, buat muka selamba je bila berpapasan denganku. Macam tak pernah ada perasaan apa-apa padaku.
Aku campak handbag di hujung kusyen dan merebahkan badanku di situ. Sungguh sunyi bila tiada Abang Is tidak lagi tinggal di rumahku. Hanya kedengaran Ummi yang sibuk di dapur dengan Kak Kiah, pembantu rumah kami.
Selalunya bila balik sahaja aku terus ke dapur mengacau Ummi, tapi sejak kebelakangan ni, mood langsung hilang. Selebihnya aku banyak termenung. Aku letakkan tangan di kepala cuba melelapkan mata.
“Hana, penat sangat Ummi tengok?”
Aku membuka mata sedikit memerhatikan Ummi yang berdiri mengadapku. Sedikit pun aku tidak berganjak dari pembaringan.
“Letih Ummi, banyak kerja hari ni”
“Selalunya Ummi tak pernah dengar pun Hana komplen pasal kerja kat pejabat tu? Kenapa?  Bos lelaki Hana tu buat hal lagi ke?”
“Tak adalah  Ummi. Biasa aja”
“Bangun sekejap. Ummi nak bincang sesuatu dengan Hana”
Dengan malas aku turunkan kaki dan menyandar lemah.
“Abang Is ajak kita ke kedai emas esok, pilihkan cincin untuk bakal tunang dia”
“Hah? Buat apa dia ajak kita? Suruhlah dia bawak je Mia tu”
“Abang Is anak yang baik, Hana. Apa-apa pun mesti dia nak minta pendapat kita”
“Yang Hana ni pulak macamana? Bila Ummi nak terima menantu sorang lagi ni?”
“Ala Ummi. Kak Izani pun tak lepas lagi”
“Kak Izani kan tunggu tunang dia habis belajar. Lagipun dia tak kisah kalau Hana kahwin dulu”
“Hana  muda lagi lah.  Tak puas enjoy lagi ni,”
“La.. hari tu kata kat Abang Is nak suruh Ummi jer cari calom suami,”
“Hana main-main jerlah dengan abang,”
“Hmm.. kalau Ummi kata dah ada yang datang meminang Hana, macamana?”
“Apa? Betul ke Ummi?  Siapa yang carikan, Ummi ke Abang Is?”
“Tak ada siapa yang carikan. Tuan punya badan sendiri yang berkenan kat Hana. So macamana? Hana nak terima ke?”
“Entahlah Ummi.  Terpulanglah pada Ummi,  kalau Ummi rasa baik untuk Hana.  Hana ikut sahaja”
“Hana tak nak tengok dulu gambar dia?”
“Tak nak. Hana takde mood sekarang. Er.. bila Abang Is nak bertunang?”
“Hujung bulan depan”
Aku yang mahu bangun terduduk semula di atas kusyen.
“Cepatnya” Walaupun apatah ayat yang keluar dari bibirku perlahan sahaja tapi Ummi dapat mendengarnya dengan jelas.
“Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Ummi pasti ke lelaki yang pinang Hana tu, terbaik untuk Hana?”
“Ummi yakin, ya. Dia terbaik untuk Hana”
“Kalau Ummi terima lelaki tu, Hana nak nikah cepat-cepat. Sama hari dengan Abang Is bertunang dengan Mia. Hana tak nak ada tunang-tunang”
“Lah.. kenapa macam tu, Hana?  Tak baik kalau kita tak pergi masa Abang Is bertunang”
“Biarlah.  Sekarang pun dia dah pindah.  Dah cuba nak buang Hana dari hidup dia. Biarlah Hana pulak buat kat dia”
“Hana… kenapa ni? Kenapa Hana sensitif sangat sekarang?’
“Ummi, Hana…Hana..” Aku tersedu-sedu.
“Ada apa, Hana? Cuba cakap baik-baik dengan Ummi”
“Sebenarnya… Hana… sayangkan Abang Is. Hana cintakan Abang Is” Aku menangis akhirnya di bahu Ummi.
“Hana, apa betul apa yang Hana cakap ni? Abang Is tahu tak, pasal ni?”
“Abang Is tak tahu.  Lagipun, Hana tak nak putuskan hubungan dia dengan bos Hana”
Aku menangis dan menangis lagi.
“Sebab tu Hana cakap dengan Abang Is suruh Ummi terima sesiapa aja yang pinang Hana?”
“Ya Ummi, sebab tulah. Hana tak sanggup nak tengok Abang Is jadi milik Mia. Ummi tolong Hana, Ummi. Hana tak sanggup kehilangan Abang Is”
“Ya Allah, Hana. Ummi tak sangka,”
“Hana dah nekad Ummi.  Terima sajalah sesiapa yang pinang Hana. Hana dah bersedia nak jadi seorang isteri. Dan Hana mintak sangat-sangat kat Ummi, rahsiakan cinta Hana ni dari Abang Is. Hana tak nak bakal tunang Abang Is terluka”
Ummi angguk perlahan
“Sabar, ya sayang?”
x

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.