3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 7

Abang Is bertanya kenapa mataku sembab. Aku hanya menjawab aku tak lena tidur kerana senggugut menyerang semalam. Mintak-mintak dia percaya dengan alasan bodoh yang aku bagi.

Sesampai di kedai emas Sri Pinang, Mia sudahpun menanti dengan senyuman manja. Selepas bersalaman dengan Ummi, terus sahaja dia merangkul lengan Abang Is dan membawa lelaki itu ke deretan cincin yang terpamer.

Aku melihat aksi mereka dengan mata yang bergenang. Ya Allah. Janganlah turun air mataku ini.

“Hana tak nak cari cincin jugak ke?”

“Buat apa?” Aku bertanya pada Ummi.

“Lah… untuk Hanalah. Pilihlah dulu yang mana berkenan, Ummi booking dulu. Nanti Ummi mintak bakal suami Hana tu bayarkan”

“Apa? Dah ada calon ke untuk Hana, Ummi?” Abang Is merenungku penuh tanda tanya.

Aku mengetap bibir. Ummi! Kenapalah  masa ini juga Ummi nak bagitau semua orang.

“Ya Is. Dah ada yang meminang Hana ni. Hana pun dah setuju nak terima aja keputusan Ummi”

“Alhamdulillah. Bolehlah kita buat majlis sekali”

Aku hanya mendiamkan diri. Malas hendak membalas kata-kata Abang Is.

Mataku merenung cincin emas bertatah belian satu persatu. Mia tiba-tiba terjerit kecil bila dia menjumpai sesuatu yang menarik di matanya.

“Sayang.  Cincin ni cantiklah”

Pembantu jualan terus sahaja membuka kunci kaca pameran menghulurkan sebentuk cincin bermata satu pada Mia.

“Yang ni harganya 16 ribu, tapi saya boleh bagi 20% diskaun pada cik. Harga nya mahal sikit sebab hanya satu bentuk sahaja setiap design yang kami keluarkan”

16 ribu? Mahalnya. Tapi, untuk  orang berduit macam Mia, harga mungkin tidak jadi hal.

“I suka yang ini sayang, but.. Eh?  Yang ini cantik jugak!” Mia yang rambang mata menunjuk pula cincin yang lain sederet dengan cincin tadi.

Aku menjenguk ke dalam kotak kaca. Terpegun aku melihat cincin belah rotan tetapi tertanan 3 biji belian sederet. Bila jurujual itu menghulurkan pada Mia terus sahaja dia hulurkan padaku.

“Yang ni cantil tak, Hana?”

“Er.. cantik… cantik,” Walaupun harganya hanya 9 ribu lebih. Setelah di tolak 20% diskaun juga.  Jauh lebih murah dari yang mula-mula dipegang Mia tadi. Abang Iskandar bertindak pantas menyarungkan cincin belah rotan tadi di jari manisku.

“Hmm.. muat-muat je kat jari Hana. Cantik,”

Ummi juga mengiayakan pilihan Mia.

“Kalau macam tu saya book 2-2 sekali. Satu untuk Mia dan satu lagi untuk Hana”

“Abang Is, mahal cincin ni. Entah-entah tak mampu bakal suami Hana tu belikan”

“Tak apa. Abang hadiahkan untuk Hana.  Nanti suruh bakal suami Hana beli yang lain”

Aku ternganga. Hampir 20 ribu Abang Is keluarkan hanya untuk 2 bentuk cincin.

Sejak dari itu, aku tidak lagi mahu menemani Abang Is dan Mia membeli belah untuk persiapan hari bahagia mereka.

Aku pula menyerahkan bulat-bulat kepada Ummi  tentang majlis nikahku. Tegasku, kalau Ummi mahu aku menerima siapa juga pilihan Ummi, aku tidak mahu masuk campur langsung.

Kad jemputan, aturcara majlis, semuanya aku serahkan pada Ummi dan bakal suamiku. Kak Izani yang bekerja di Utara juga susah puas membebel agar aku melupakan Abang Is.

Tapi, apakan daya.. aku tidak mampu mengalah dengan hatiku sendiri.

Abang Is pula memaksa aku menyertai mereka untuk ke kursus perkahwinan. Itupun selepas puas Ummi memujuk agar aku pergi bersama-sama bakal suamiku, tapi aku enggan.

Aku sayu melihat orang lain berpasangan menghadiri kursus, sedangkan aku hanya keseorangan kerana sikap degilku.

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.