3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 8

“Kau kenapa ni, Hana? Monyok semacam?”
“Zana, kalau aku bagitau ni, kau jangan terkejut ya?”
 “Wat’s up?”
“Hujung bulan ni aku nak nikah”
“What?! Betul ke?  Kau main-main eh?”
 “I’m serious,”
 “Bukan ke hujung bulan ni Cik Mia dengan your brother nak bertunang?”
 “Yup, skali dengan majlis nikah aku”
“Siapa bakal suami kau? Amirul ke?”
“Bukan Amirul. Entah, aku tak tahu dan tak kenal siapa pun dia.  Pilihan Ummi aku”
“Peliklah kau ni, Hana. Takkan kau tak nak kenal dengan bakal suami kau tu?”
“Aku tak nak kenal dan tak nak ambik tahu. Aku pun pelik dengan diri aku sendiri”
Zana termanggu-manggu seperti tidak percaya dengan kata-kataku.
*********
 “Hana, Ummi pilih warna biru lembut untuk tema majlis nikah Hana. Boleh ke?”
Biru? Hmmm. Memang warna kegemaranku.
“Boleh. Hana setuju apa juga dengan pilihan Ummi”
“Er… kawan-kawan Hana kat opis tu, Hana tak nak bagi kad jemputan ke?”
“Tak payahlah Ummi, sorang dua je. Hana dah bagitahu. Cukuplah. Kalau boleh majlis nikah tu Hana nak sederhana aja”
“Majlis resepsi kat hotel nanti macamana? Tak nak jemput jugak ke?”
“Tak payahlah.  Lagipun kat opis tu, Hana tak ramai kawan. Hana rapat dengsn Mia dan Zana je. Nantilah Ummi bagi je kad dekat Hana. Kalau ada masa, Hana bagi pada yang lain”
1 kotak kecil kad undangan perkahwinan sudahpun berada di bilikku. Terasa ingin membuka kotak tersebut dan menyelak isi kandungannya tapi aku membatalkan niatku.
Aku rasa tak mampu untuk melihat nama pengantin lelaki di yang tertera selain dari nama Iskandar, lelaki yang aku sayang. Mengingati Abang Is yang semakin jauh dariku, hatiku sayu tiba-tiba.
Semalam juga, bilikku ini sudah di tukar perabut baru. Ummi dan babah menghadiahkan aku set kamar tidur yang baru.
Hatiku gusar tiba-tiba. Macamanalah agaknya aku harus menempuh malam pertama dengan lelaki yang tak pernah aku kenali?
Deringan telefon mengejutkan aku. Aku pandang nama yang tertera di skrin. Abang Is…..! Lama aku biarkan irama lagu “My All” nyanyian Mariah Carey sehingga berhenti sendiri.
Aku tak bersemangat untuk menjawab panggilan dari Abang Is. Aku angkat kotak di atas katil lalu menyumbatkannya dalam almari. Biarlah aku tidak menjemput sesiapa pun. Desis hatiku.
Sekali lagi irama lagu berkumandang dari telefon bimbitku. Aku tutup pintu almari segera mencapai telefon. Sesaat dua, barulah aku menekan butang hijau.
“Hello, Assalmualaikum Abang Is”
“Walaikumsalam, Hana sihat ke? Kenapa tadi tak jawab?”
“Hana sihat, er… er.. Hana kat dalam bilik air tadi, sorry”
“Ummi cakap kat abang, Hana sekarang banyak termenung, kenapa? Kan tak lama lagi nak kahwin.. kenapa sedih?”
“Hana biasa je bang. Mana ada sedih?”
“Hana jangan nak tipu abang. Abang dengar suara pun boleh tahu”
“Hana… Hana, rindukan Abang Is” Air mataku laju sahaja mengalir tanpa aku sedari.
“Betul Hana rindukan abang?”
“Betul! Hana rindu kat abang, sangat-sangat”
“Kalau rindu, buka pintu bilik sekarang”
Hah? Aku megesat air mata. Abang Is ada kat sini?
 Aku berlari anak ke pintu dan memusing tombol pintu dengan rakus. Sebaik sahaja pintu terkuak, Abang Is berdiri betul-betul di depanku. Terus sahaja aku memeluk tubuh sasa itu sambil menangis.
“Syhhhhh! Apa nangis-nangis ni. Macam budak-budak. Nak jadi isteri orang pun masih cengeng lagi,”
Abang Is mencium dahiku. Hampir sebulan kami tak berjumpa dek kerana kesibukan kerja dan juga Abang Is lebih banyak meghabiskan masa dengan Mia.
“Abang Is dah makan?”
“Sudah.  Kak Kiah siapkan tadi. Ummi dan babah keluar, kata kak Kiah. Kenapa abang tengok bakal pengantin ni macam tak berseri je.
Sepatutnya Hana happy sebab nak dapat suami. Abang dengar, jawatan tinggi. Pakai kereta besar pulak tu, bukan calang-calang orang”
Aku menutup telinga.
“Hana tak nak dengar lagi. Stop it!!”
 “Hana. What happened to you? Dulu Hana tak macam ni. Adik manja abang ni penuh semangat dan ceria. Takkan pasal putus dengan Amirul, Hana dah putus asa macam ni. Majlis nikah sendiri pun tak nak ambil tahu. Hey!  Ini bukan adik abang yang abang kenal”
Aku teresak-esak semula. Abang Is mengheretku ke katil dan menekan bahuku agar aku duduk. Abang Is melutut di depanku.
“Hana, pandang abang..”
Mata kami bertentangan. Dengan lembut dia mengesat air mata di pipiku.
“Tell me the truth what’s in your heart now. Abang dapat rasakan yang Hana paksa diri Hana untuk terima pilihan Ummi sedangkan hati Hana kata, tidak”
Aku tunduk semula ke lantai. Haruskah aku berterus terang mencurahkan rahsia hatiku? Aku tak mahu merosakkan majlis pertunangannya dengan Mia dan juga majlis pernikahanku yang bakal berlangsung.
“Hana….” Abang Is mengangkat daguku sehingga kami bertatapan semula. Aku merenung matanya yang redup dan menawan itu.
“Hana…. Hana…… sayangkan abang… cintakan abang….” Aku menangis. Ya Allah, betapa rasa berdosanya aku meluahkan isi hatiku pada bakal tunangan orang.
Abang Is tersenyum manis. Sekejap itu juga dia melabuhkan bibirnya ke bibir ku. Aku terasa di awan-awangan.
“Abang…”
Aku tersedar terus sahaja menjauhkan bibirku. Abang Is tersenyum sinis bila aku tertunduk malu.
“Kita tak patut buat macam ni”
“Maafkan abang. Abang tak dapat menahan diri. Abang lupa yang Hana juga bakal jadi isteri orang. Kalaulah abang tahu yang abang tak bertepuk sebelah tangan, Abang tak akan berjanji dengan Mia. I love you too!!”
“Apa? Selama ni, Abang Is cintakan Hana?” Aku seakan tidak percaya.
“Aa… Dari dulu dulu lagi, Hana tak pernah luput dari ingatan abang. Abang pindah dari rumah ini sebab abang cuba nak singkirkan cinta abang pada Hana tapi abang tahu sampai bila-bila pun abang tak mampu menipu hati abang”
“Tapi, kita dah terlambat,”
“Abang boleh putuskan dengan Mia”
“Jangan,  Abang Is. Hana tak sanggup dituduh sebagai perampas. Kita kena faham, cinta tak semestinya bersatu. Lagipun majlis nikah Hana pun dah dirancangkan. Kita tak boleh tarik balik semua yang dah terjadi”
 Air mataku luruh lagi. Takdir apakah ini?

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.