3 Feb 2015

SAYANG SELAMANYA BAB 9

Riuh rendah di luar bilik pengantin tidak aku hindarkan. Sebentar tadi, aku sudah siap di solek oleh Sally, Pak Andam ala-ala Nyah.
Puas dia mengomel sebab wajahku tidak nampak ceria langsung. Pesan Abang Is malam tadi, agar aku tidak manangis di hari bahagiaku. Itu pinta Abang Is sekiranya aku benar-benar mencintainya.
Abang Is juga faham kenapa aku memilih tarikh pernikahanku sama dengan majlis pertunangannya dengan Mia. Biarlah kami tidak saling menghadiri asalkan hati tidak tergores.
Akad nikah dijadualkan selepas Isyak. Baru tadi azan dari masjid berdekatan kedengaran. Hatiku berdebar-debar bila sepupuku memberitahu pengantin lelaki sudah sampai di ruang tamu.
“Hensemnya bakal suami Hana.  Tak nak tengok dulu ke?” Zaliah menyakatku. Aku hanya geleng kepala.
Babah datang menyampaikan hajat tok kadi bertanyakan samada aku bersetuju atau tidak untuk dinikahkan. Aku mengangguk lemah.
Senyuman tawar aku hadiahkan untuk babah. Aku menandatangi buku besar yang di bawa Tok Kadi dengan perasaan kosong.
Dengan satu lafaz sahaja, aku kini sudah bergelar isteri. Air mataku menitis juga akhinya. Selamat tinggal Abang Is. Semoga kau juga berbahagia dengan Mia. Masing-masing menadah tangan mengaminkan doa yang di baca.
“Cakkkkkk…. Hai Cik Hana sayang. Eh, dah jadi Puan Hana sekarang”
Aku mendongak
“Mia?”
“I tak akan lepaskan peluang keemasan ni, I nak juga kenal suami you,surprise!!!”
Aku terpinga-pinga. Kenapa dia ada di sini. Ooohh, mungkin majlisnya di sebelah petang. Jadi, dia berkesempatan menghadiriku majlis nikahku.
Bising di pintu bilik bila pengantin lelaki di pelawa masuk. Aku menundukkan muka bila Kak Izani menghulurkan jariku untuk di sarungkan cincin.
Kilauan flash kamera dari berbagai sudut sedikitpun aku tidak hiraukan. Aku tidak berani megangkat muka melihat lelaki yang sudahpun menjadi suamiku. Aku memandang cincin di jariku sebelaum aku mencium tangan yang dihulurkan.
 Kenapa aku seperti pernah nampak cincin belah rotan dengann 3 biji berlian ternanam sederet ni?  Takkan suamiku beli cincin yang sama aku pilih di kedai Emas Sri Pinang? Ummi pun tidak pernah bersuara pasal cincin nikahku sama sekali.
Aku memejam mata bila suamiku menarik daguku dan mencium ubun-ubunku.
“Takkan tak sanggup nak tengok suami Hana yang hensem ni?’
Suara Abang Is? Ya Allah!  Kenapa Abang Is pula yang mencium dahiku? Serta merta aku buka mataku luas. Aku pandang Abang Is yang tersenyum manis.
Aku pandang pula semua orang yang ada di sekeliling. Mia sedang senyum nakal, Ummi menganggukkan kepala, Kak Izani, sepupu-sepupuku, pak Andam, makcik-makcik dan mataku beralih semula pada Abang Is.
Aku bingkas berdiri memeluknya sambil menangis.
“Abang..Hana macam tak percaya”
“Weh!  Pengantin perempuan,  sabarlah sikit.  Abih sememeh mekap, tak koser Nyah dah berapa kali asik nak touch up je”
Semua yang ada di situ saling ketawa dengan bebelan pak Andam. Aku juga tersipu-sipu malu dengan kelakuan ku yang melampaui batas. Abang Is menyapu lembut air mata di pipiku.
“Tak habis-habis nangis”
“Abang jahat! Pandai ya, berkomplot dengan semua orang”
“Itu tanya Mia. Dialah mastermind”
“Mia… you…..”
“Nanti kita cerita panjang. Now majlis berinai lepas tu santap. Tetamu semua dah lapar”
Semua yang ada keluar dari bilik pengantin. Pak Andam menghulurkan 1 pasang baju pengantin berwarna biru lembut padaku dan dia keluar sebentar.
Aku teragak-agak hendak menukar baju terus sahaja berlalu ke bilik air. Tergelak kecil Abang Is dengan lelakuanku.
“Apa nak malu? Kan kita dah nikah”
“Hana segan, tak biasa”
“Nantilah..abang biasakan nanti,” bisiknya perlahan di tepi telingaku. Berderau darahku seketika.
Aku buka pintu bilik memberi laluan pada pak andam. Sekali lagi dia meneyeh sana sini membetulkan agar wajahku tidak comot seperti tadi.
Keluar sahaja dari bilik. Kami disambut Mia dan juga seorang lelaki kacukan Inggeris. Tinggi lampai orangnya, sesuai sungguh dengan Mia yang langsing.
“Ini Zaiham, bakal tunang Mia” Abang Is memperkenalkan kami. Aku mengelengkan kepala. Teruk betul mereka semua ni berkomplot. Sia-sia sahaja aku menangis mengenangkan cintaku pada Abang Is yang tak kesampaian.
Sebaik sahaja usai majlis berinai, kami di bawa pula ke meja santapan. Dalam malu-malu aku menyambut suapan dari Abang Is. Seksanya jadi pengantin rupa-rupanya. Penat nak senyum sepanjang masa bila jurugambar bertauliah dan yang tidak bertauliah bergilir-gilir mengambil gambar kami.
Semua tetamu bergilir-bilir bersalaman dengan kami sebelum mereka beredar. Zana juga tidak ketinggaln mencium pipiku mengucapkan tahniah.
“Aku juga tak tahu menahu pasal komplot dia orang. Mati-mati aku ingat Cik Mia dengan your brother”
Abang Is mengenyitkan mata pada Zana.
“Pergilah masuk tidur Is, Hana. Pengantin baru tak elok berembun. Dah lewat malam ni”
“Baiklah Ummi. Ummi pun jangan tidur lewat sangat. Kesian kat babah tu.”
“Ish! Budak ni,  dia kenakan kita balik. Dah pergi masuk. Esok jangan bangun lambat, kita solat subuh sama-sama”
“Baik Mem,” Abang Is memberi tabik hormat pada Ummi. Tergelak kecil aku melihat Abang Is, memang nakal. Tak padan dengan lawyer, boleh jadi loyar buruk sekali.
Aku membuka butang baju melayu  Abang Is satu persatu. Sampai di butang terakhir, Abang Is memegang tanganku. Bibirku di pagut lama.
“I love you,” bisiknya perlahan penuh romantik. Aku menyembamkan mukaku di dadanya.
Dengupan jantungnya begitu deras di telinganya. Aku mula merasakan Abang Is mengusap belakangku penuh nafsu. Aku segera menjauhkan diri.
“Hana nak pergi mana?”
“Bilik air. Cuci makeup, mandi”
“Jangan lama-lama tau, guna air panas. Dah tengah malam ni”
 Aku mencapai tuala dan sepasang baju tidur, terus sahaja menutup bilik air. Masih segan membuka pakaian di depan Abang Is.
Aku keluar sambil mengelap rambutku yang sedikit basah. Sedikit bedak aku sapu di muka dan juga wangian kegemaranku calit di leher.
Abang Is tersenyum ralit memerhatikanku dari atas katil. Dia bersandar enak beralaskan bantal di kepala katil. Abang is manggamitku agar duduk di sebelahnya.
Aku menyandarkan badanku di bahunya lantas dia memelukku erat. Ciuman bertalu-talu di pipiku dihadiahkannya. Walaupun Abang Is selalu menciumku, tapi kali ini, setelah bergelar isteri, aku rasakan cuiman dari Abang Is diringi cinta yang mendalam untukku.
“Abang….”
“Ya sayang…?”
“Macamana Hana tak pernah terfikir yang bakal suami Hana adalah abang?”
Abang Is ketawa dengan soalanku.
“Sebab Hana degil. Ummi suruh tengok gambar, Hana tolak. Ummi suruh tengok kad jemputan, Hana campak dalam almari. Malangnya nasib abang,”
Aku cubit perutnya.
“Sebab Hana sedih sangat sebab abang nak bertunang dengan Mia. Hana rasa sesuatu dah hilang dari hidup Hana”
“Sejak bila Hana sedar, Hana cintakan abang?”
“Masa birthday party Mia. Masa kita menari dan abang peluk Hana. Lepas tu Hana rasa cemburu sangat bila tengok Mia menari dengan abang, kemudian Zana pulak.”
“Abang dah agak. Sebab tu Hana tiba-tiba keluar dari dewan, kan?”
“Ya. Masa Amirul menari dengan Hana, Hana tak rasa apa-apa pun. Hana asyik fikirkan pasal abang”
“Mia yang bagi idea kita orang jadi couple. Abang nak pastikan yang Hana betul-betul cintakan abang. Tak sangka Hana sanggup terima sahaja pilihan Ummi. Sebenarnya yang pinang Hana tu, abanglah”
 “Yang abang selalu temankan Mia shopping tu?”
 “Untuk majlis tunang dialah. Mia mintak abang tolong pilihkan untuk Zaiham”
“Abang memang jahat. Dan tak sangka Ummi dan babah skali join abang nak main-mainkan Hana”
“Ni, sampai kul berapa kita nak borak ni? Abang dah letih dah ni, nanti tak sempat pulak..”
“Sempat apa? Dah ngantuk, tidurlah!” Aku sengaja menyakatnya padahal aku tahu tujuannya memelukku begitu erat seperti tidak mahu lepas.
“Oh nakal ya?”
Sempat dia menggeletek pinggangku sehingga aku terjerit kecil. Mujurlah bilik babah dan  Ummi di tingkat bawah.
 Kemudian, Abang Is mencium bibirku dengan rakus, aku juga menyerahkan diriku seadanya.

Tiada ulasan:

copyright@aisyahabdullah. Dikuasakan oleh Blogger.